My Journey..:)


27 May 2011
Nikah n Sanding..:)
4 June 2011
Jemput menantu at Melaka
2011
dah berurut sebnyak 2x,actually baru start nak baby after raya (Sept 2011).
2012
March 2012 start jumpa doctor pakar
masalah yg dihadapi:
TELUR TIDAK MATANG
1St cycle
clomid 50g-failed
2nd cycle
clomid 100g + suntikan besarkan telur on 9/5/2012-positive on 9 June 2012(xtau brape Minggu)
14july keguguran
-Berurut selama 2 hari di kg
-August(berurut di Klang)
3th Cycle
clomid 100g + suntikan pecahkan telur telur on 12/9/2012-Failed(period on 30/9/2012 -5/10/2012)
Stop treatmnt ..
6/10-berurut ngan cik esah
8/10-ad kuar drah fresh n lendir,sekali shaja.
5/11/2012-12/11/2012 failed- period this morning:)-delay 5 days.
2013
12/01/2013-Positif n soon to be mommy..;)


2015

8/04/2015-50g clomid dgn Dr Zambri Failed telur hanya dlm 15mm

15/05/2015-100g ambil dari klinik panel result positif 15/06/2015


Doakan ikatan cinta kami

Daisypath Anniversary tickers

My little Prince Charming

Lilypie Second Birthday tickers

Amily NurSyifa

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, 25 September 2013

Dah Selamat Menjadi Ibu.

Alhamdulillah selamat melahirkan baby gurl pada 19/9/2013 pada pukul 8:55am .

Tuesday, 17 September 2013

DOAKAN SAYA.

Salam kekawan,doakan saya n baby selamat dan dipermudahkan urusan bersalin.



Saturday, 14 September 2013

MTB(25)Esok due date

Esok dah due date,sepatutnya baby dh bsedia 2uk jumpa mak n ayah dia tapi nampaknya baby dlm perut ni syok bbenor duk dalam perut ni.

Tanda2 tiada lagi,sakit 2 ada la sikit2 xla kuat sangat n klau bgun pagi esoknya dah ok.Baby still lagi aktif,tunggu je lagi 10 hari..

Kt umah ni dh wat kerja berat2 kemas umah n basuh bilik air tapi xde pun sakit2 juga..
Air selusuh pun dah sapu kat perut sebelum tido.

Risaw + tak sabar...:-)

Wednesday, 11 September 2013

MTB(24)39MINGGU 3 HARI

Hi semua,yeee saya masih belum bersalin lagi.................................................................................

Hari2 cakap kt baby suh kuar minggu ni hehe :-)

Chkup 39minggu
Isnin lepas chkup di Dgn Dr Siti,ble masuk je bilik dr terus dr cakap awak xbersalin lagi sambil tersenyum.Ak plak tersengih2 je la ak ckp xsakit pape pun dr mcm mane nk bersalin.Dr siti cakap xpelah kita scan baby mcm mane  n dr ckp baby aktif n jantung ok serta air ketuban cukup.Tiba2 dr siti cakap kita buaat VE nak x,klau ad bukaan saya nak buat selusuh bagi cepat bersalin..Ak terus tergaman n serba salah nak buat ve  or x sbb ak fobia sikit sakit tau buat ve 2.Tapi ble doc ckp nk cepat bersalin ak ok je,n proses ve berjalan dgn baik xsakit pun  n dr siti cakap masih tiada bukaan lngsung n dia pun xleh buat apa n tunggu je la masa nak bersalin nati.If ujung minggu ni x bersalin gak dr siti bagi la 10 hari.

Adik pls keluar cepat dr perut mak,mak n ayah dh xsabar nk tengok adik..

Dr siti cakap bulan 9 ni ramai couple yg anak 1st terlebih due,dia pening..hehehehe

Kisah sedih sahabat karib saya

Emmm xtau nak tulis macam mane,rasa mcam xpercaya dulu selalu baca n dgr cite2 org sahaja tapi bila kena dekat BFF sendiri rasa sedih,menangis,kecewa apa yg dia lalui.Dugaan dari Allah kan xsemua org kuat untuk menghadapinya.

Sejak dari Uitm kitaorg bertiga ak,syad n faz memng close giler,everything buat bersama n susah senang bersama.Tapi aku paling close dgn syad sbb ak kenal dia sejak aku umo 18tahun time 2 study di melaka dan kemudian kiatorg sambung ke Uitm perak n time 2 baru kitaorg rapat dgn Faz.Syad tua 4 tahun dari ak,dia lambat sambung study tapi dia memang the best BFF yg pernah ak kawan selama 25 tahun ni.

Tengahari xdi syad col nk ckp something,tiba2 hati rasa xsedap je ble dia ckp cam2.Lama juga dia nak luahkan story dia 2.Tiba2 dia ckp macam ni

'Munif tumbuk syad!!!!haaaaa..!!!!! ak terkejut bila dia cakap macam 2,macam xpercaya je keluar ayat 'tumbuk' dari mulut syad.ak ckp kenapa jdi mcm,gaduh pasal apa.Dia sambung cakap lagi munif tumbuk muka syad n syad jatuh ke lantai tarik rambut n tumbuk belakang dia berulang kali.Bila dgr dia ckp mcm 2 mata aku dh start berair n ak xdpt nk than sebak syad pun nangis juga time 2.Ak tnya ble berlaku dia cakap 8 hari selepas raya skrg ni dia stay dgn mak dia.Malam selepas dia ditumbuk muka syad lebam n esoknya suami dia hantar balik umah mak dia sebab takut family husband dia nampak lebam,SHIT punya jantan!!!!

Ni semua disebabkan duduk sekali dengan mak mertua,yela bila duk sekali ni semua yg buruk menantu depan mata menantu yg jauh n balik sekali sekala ni baik n sweet je.Mak mertua cakap syad malas,pengotor,bau busuk,beban n munif cakap syad pemalas,bau busuk.Syad cakap kalau dh pakai tudung dr pagi hingga ke mlm memng ka kpala berbau sikit(ni ak respek kt dia pakai tudung dlm umah sbb abg ipar dia tinggal sekali,aurat..:-).Malam gaduh 2 munif marah sebab pasal baju xberlipat n dia mula start mengamuk sepahkan bilik keluarkan semua baju dalam almari n then pas2 suh Syad kemas apa yg dia sepah2kan 2,Syad plak penat sebab nak layan baby kecil 10 bulan  n balik beraya,mula pertengkaran mulut n maki2 n pas2 tumbuk menumbuk.Dlu diorang kawin sebab syad jadi manager kedai bata time 2,mak mertua dia nak menantu yg bekerjaya tapi selepas kawin syad amik keputusan untuk berhenti keje sebab penat keje kedai Bata 7 hari seminggu kena buka kedai 2.Dorang kenal pun xsampai 6 bulan n jodoh dia dicari sendiri oleh ayah syad,ayah dia risaw takut anak dia jadi anak dara tua.Tapi terus terang ak ckp syad 2 cantik orgnya masa time study dlu sampai lecturer pun syok ngan dia tapi tiap kali dia couple mesti jodoh xpanjang..Entah la knape..

Ble ak cakap kt hubby pasal ni dia terkejut sangat,hubby ak pun memang kenal syad dri kitaorg study di melaka dulu,pandangan dr hubby dia cakap sebab pasal umah bersepah,bebelan dari mak dia n sedara mara pasal kelemahan wife sanggup dia tumbuk wife dia mcm 2 lain la kalau syad 2 curang or kantoi dgn laki lain.Sepatutnya dia sebagai ketua keluarga kena selesaikan masalh 2 munif tau wife n mak dia xgam sepatutnya dia keluar dari rumah 2 belajar untuk hidup berumah tangga,Munif xnak sebab takut xmampu nak sewa umah,bayar bil elektrik n hidup susah.Pasal sembahyang pun bleh gaduh,banyak kali syad suh dia solat n munif bukan main liat sekali nk solat.

Betul juga ckp hubby kenapa masalah sekecil ini pun munif xdpt nak kawal emosi sampai tumbuk muka wife dia n pasni dia boleh buat mcm 2 lagi.Bagi Munif ble dia pukul syad mcm 2 syad akan takut n ikut cakap dia tapi lain plak jadinya sekrg ni syad dh sebulan xbalik umah mak mertua n minta diceraikan.Syad pun dh report polis kejadian tumbuk 2,syad ckp klau dia xanak ceraikan dia nak bawak kes ni g mahkamah.

Dorang kawin xsampai 2 taun..Ak cakap kt dia buatla keputusan yg terbaik n paling penting dia bahagia ngan anak dia.Anak penghibur dan kebajagian dia sekarang.

Sayang dia sangat2,Ya Allah bagi la dia kebahagian dunia n akhirat.Amin

Thursday, 5 September 2013

MTB(23)KEJUTAN,BELUM ENGAGE LAGI!!!!

Chkup 38minggu-Hospital Salam
-Lama juga nak tunggu turn jumpa doc,service agak lambat  nurse n doc ad 1 je..Dari pukul 3pm tunggu sampi kul 5:30pm baru dapat jumpa Dr Siti..Hurmmmmm sabo jela,hubby ckp mcm tunggu turn kt GH je.
Perkembangan baby :
Berat dah 2.5kg,alhamdulillah doc ckp kalau baby keluar tepat 40minggu maybe berat baby dalam 2.8kg time 2.
Tali pusat n air ketuban ok.
Kepala baby dh turun tapi BELUM ENGAGE LAGI !!!!

Dalam hati ni waaaaa waaaa :-(
Risaw kalau overdue kena induce,sakit tau or kepala baby still xengage lagi if doc dh bagi 10 tambahan kena cezer.

Tepon mak n ayah cakap hal ni,mak ckp nati dh sampai masa baby akan turun sendiri..Mak suh bnyak berzikir n bangun sembahyang malam.

Tanda-tanda awal bersalin
Entahlah macam xde tanda pape pun buat masa ni,selalu cakap kt adik kuar be4 due date.Lagi 2 ari nak masuk 39minggu,adikkkkk keluarla sebelum 40 minggu eh sayang jgn wat mak n ayah risaw.


(Hubby plak akan start kelas minggu dpn dari kul 6pm sampai kul 10pm,risaw gak duk umah sorang2.)

P/s:doakan untuk saya n baby agar semua berjalan dengan lancar.
     




Wednesday, 28 August 2013

MTB(22)37 Minggu,xsabar nak tggu baby keluar.

Alhamdulilah dah 37minggu 4hari..Ada lagi 17 hari to go..
Rasa takut,berdebar,excited n macam2 lagi kt kpala ni.Tanda-Tanda awal sakit bersalin 2 dah ada sikit2 tapi biasa2 je xla sakit sangat2.

Ni tanda2 yg aku search kt internet.Tapi xtau betul or tak.
1. Bayi Turun Ke Bawah



Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (mmg semakin kerap dah ni)
  • sakit perut, memulas (ni tiap2 hari ad rasa macam ni)
  • kerap buang air besar (betul2,kerap betul berak2 skrg ni,cirit birit pun ad)
  • kerap terkentut (kerap kentut dr 7 bulan lgi hehehe)
  • keluar lendir pekat/berdarah (belum lagi)

2. Keluar lendir pekat atau berdarah

  • lendir pekat (entah la xperasan)
  • lendir berdarah (belum lagi)


3. Rahim mula menipis

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

(ni kena check doktor la baru tahu rahim mula menipis ke tak...)


4. Sakit Belakang

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. 
Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

(sakit belakang memang agak extream la skrg ni... kalau dah baring, rasanya taknak bangun2 lagi... nak ubah kedudukan berbaring juga sangat2 sakit sekarang ni...)

5. Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
(belum lagi)


Tambahan-dah ad rasa sakit2 kt bawah perut n ari2..Celah kelangkang ad rasa sakit sikit je la..Baby plak asyik mengeras je skrg ni.

Chkup 36minggu-Hospital Salam
Adik baru je 2.2kg,kepala dah turun tapi belum sepenuhnya.air ketuban dan tali pusat ok.Tapi kencing kotor la plak(xbleh minum air skrg muntah je..)



p/s:selalu ckp kt adik suh kuar mggu dpn hehehe..