Rasa takut,berdebar,excited n macam2 lagi kt kpala ni.Tanda-Tanda awal sakit bersalin 2 dah ada sikit2 tapi biasa2 je xla sakit sangat2.
Ni tanda2 yg aku search kt internet.Tapi xtau betul or tak.
1. Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (mmg semakin kerap dah ni)
- sakit perut, memulas (ni tiap2 hari ad rasa macam ni)
- kerap buang air besar (betul2,kerap betul berak2 skrg ni,cirit birit pun ad)
- kerap terkentut (kerap kentut dr 7 bulan lgi hehehe)
- keluar lendir pekat/berdarah (belum lagi)
2. Keluar lendir pekat atau berdarah
- lendir pekat (entah la xperasan)
- lendir berdarah (belum lagi)
3. Rahim mula menipis
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
(ni kena check doktor la baru tahu rahim mula menipis ke tak...)
4. Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda.
Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
(sakit belakang memang agak extream la skrg ni... kalau dah baring, rasanya taknak bangun2 lagi... nak ubah kedudukan berbaring juga sangat2 sakit sekarang ni...)
5. Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
(belum lagi)
Tambahan-dah ad rasa sakit2 kt bawah perut n ari2..Celah kelangkang ad rasa sakit sikit je la..Baby plak asyik mengeras je skrg ni.
Chkup 36minggu-Hospital Salam
Adik baru je 2.2kg,kepala dah turun tapi belum sepenuhnya.air ketuban dan tali pusat ok.Tapi kencing kotor la plak(xbleh minum air skrg muntah je..)
p/s:selalu ckp kt adik suh kuar mggu dpn hehehe..
semoga berjaya :)
ReplyDeletebanyak2 zikir ye
Thanks yana,doakan yg terbaik..
ReplyDelete